Abdullah bin Ja'afar bin Al-Miswar meriwayatkan kisah tentang sebuah perjuangan menjaga maruah dan aurat muslimah. Pada suatu hari,terdapat seorang perempuan Arab muslimah pergi ke pasar Bani Qainuqa' membawa barang jualannya, lalu duduk berdekatan dengan seorang tukang emas berbangsa Yahudi. Kemudian datang beberapa orang Yahudi mengepung dengan tujuan mengganggu perempuan tersebut. "buka penutup mukamu," kata sekumpulan orang Yahudi tersebut. Perempuan itu lantas mempertahankan maruahnya : "tidak!" Si Tukang emas yang berada berdekatan dengan perempuan tersebut dengan diam-diam memegang hujung kain perempuan itu, lalu menyimpulkannya hingga ke bahagian belakang badannya ketika perempuan Arab itu tidak menyedarinya. Apabila perempuan itu bangun, maka terdedahlah auratnya. Apa lagi,orang Yahudi ketawa terbahak-bahak. Perempuan tersebut meminta tolong. Tiba-tiba datang seorang lelaki muslim yang menyerbu tukang emas tersebut lalu membunuhnya. Orang Yahudi yang melihat kejadian itu segera bertindak balas dengan membunuh lelaki muslim tersebut. Keluarga lelaki muslim itu menjerit memanggil orang Islam untuk bertemu orang Yahudi tersebut. Maka berlakulah pergaduhan antara mereka dengan Bani Qainuqa'.
Thursday, June 7, 2012
rombongan terakhir masuk syurga
"daripada Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Sesungguhnya aku benar-benar mengetahui bahawa ahli neraka yang terakhir keluar dari neraka dan ahli syurga terkhir masuk ke dalam syurga. iaitu seorang yang keluar dari neraka dengan merangkak, lalu Allah berfirman : 'pergilah, lalu masuklah kedalam syurga.'. dia pun sampai di gerbang syurga. dia membayangkan bahawa syurga sudah penuh, maka dia kembali seraya berkata : 'wahai Tuhanku, aku mendapati syurga telah penuh'. 'pergilah, lalu masuklah kedalam syurga'. dia pun sampai didepan gerbang syurga. dia membayangkan bahawa syurga sudah penuh, maka dia kembali seraya mengatakan : 'wahai Tuhanku, aku mendapati syurga telah penuh'. Allah berfirman :'pergilah lalu masuklah kedalam syurga kerana kamu memperoleh semisal dunia dan sepuluh kali ganda - atau kamu mendapat seumpama sepuluh kali dunia'. dia bertanya : 'Engkau mengejekku atau mentertawakanku, sedangkan Engkau ialah Raja'.
Abdullah melanjutkan : "aku melihat Rasulullah s.a.w tertawa sehingga tampak gigi-gigi gerahamnya. itulah ahli syurga yang paling rendah darjatnya."
(riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Subscribe to:
Comments (Atom)